Zidane sedia ke United tapi ada masalah


  • Podium
  • Rabu, 17 Nov 2021

ZIDANE dilapor bersedia membimbing United. — Agensi

MANCHESTER United dilaporkan tugas putus atas dalam usaha memujuk Zinedine Zidane untuk mengambil tugas sebagai pengurus pasukan itu bagi menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Zidane dikatakan tidak menolak kemungkinan untuk menerima tawaran itu namun ada hal yang menganggu keputusan perpindahannya itu ke Old Trafford.

Menurut media Britain, hal yang menganggu bekas pengurus Real Madrid itu ialah isterinya sendiri, Veronique Zidane yang didakwa tidak berminat tinggal di Manchester dan lebih suka suaminya berehat lebih lama sebelum kembali ke dunia bola sepak.

Bulan lalu melaporkan, Zidane tidak berminat untuk ke United kerana lebih gemar untuk membimbing kelab Perancis.

"Jelas sekali terdapat sebab kekeluargaan yang perlu diuruskan oleh Zidane.

"Tetapi jika dia benar-benar mahu menjadi pengurus United, Zidane akan mencari jalan untuk menjadikannya kenyataan," kata laporan tersebut.

Zidane sebelum ini berjaya merangkul tiga gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan dua juara La Liga Sepanyol sewaktu membimbing Real Madrid bersama dua bekas pemainnya di Real Madrid iaitu Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo yang kini beraksi di Old Trafford. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram