LIVERPOOL mungkin terpaksa berentap dengan Barcelona bagi merebut Adama Traore menjelang perpindahan pemain Sepanyol itu pada Januari, ketika Wolves mempertimbangkan perkara itu.
Skuad kendalian Bruno Lage dikatakan belum bersedia dengan pelanjutan kontrak pemain berusia 25 tahun itu di Molineux sehingga musim panas 2023.
Lage menegaskan, dia sama sekali tidak menyalahkan Traore ketika kekalahan 0-2 ke atas Crystal Palace baru-baru ini.
Katanya, situasi kontrak pemain itu tidak mempengaruhi pemilihan dalam kelab itu.
"Adama (Traore) juga bermain ketika perlawanan menentang Leeds dan kami tidak mempunyai peluang untuk melakukan pertukaran pemain," katanya.
Traore, yang pernah bermain sebagai pemain sayap dan sayap belakang dalam beberapa musim kebelakangan ini, telah membuat 113 penampilan dan menyumbang sebanyak tujuh gol dalam Liga Perdana, sejak meninggalkan Middlesbrough untuk Wolves.
Meskipun dia mungkin tertarik dengan perpindahan ke Liverpool, Traore juga mungkin mengintai kembali penampilannya bersama Barcelona, yang mana dia pernah menyertai kelab itu antara tahun 2004 dan 2015.
Media antarabangsa melaporkan, Wolves meminta bayaran sebanyak £40 juta (RM189 juta), namun Liverpool masih mempunyai penilaian kurang daripada £30 juta (RM141 juta).
Setelah beraksi dalam 37 perlawanan Liga Perdana dalam dua musim penuh terakhir, terdapat rombakan di kelab Wolves sejak kebelakangan ini, selepas pemergian bekas pengurus, Nuno Espirito Santo.
Sementara itu, pengendali Liverpool Jürgen Klopp mengakui kekagumannya terhadap Traore pada masa lalu selain menganggap dia boleh menjadi pelapis kepada Mohamed Salah, Sadio Mane, Diogo Jota dan Roberto Firmino.
"Kepantasan Traore sebenarnya tidak dapat dikalahkan dalam beberapa saat," katanya selepas Liverpool menentang Wolves musim lalu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram