BINTANG bola sepak, Lionel Messi dan pasukan negaranya, Argentina tidak tahu mereka layak untuk Piala Dunia selepas memperoleh keputusan seri dalam perlawanan kelayakan menentang Brazil.
Kedua-dua negara Amerika Selatan itu seri tanpa jaringan, namun keputusan itu cukup buat juara Copa America itu untuk melayakkan diri.
Walaubagaimanapun, ramai pemain mereka tidak tahu perkara itu.
Argentina tahu keputusan tertentu yang diperlukan untuk ke Piala Dunia, tetapi nasib berada di pihak mereka.
Messi yang tetap tidak pasti tentang keadaan tersebut memberitahu perlawanan dengan Brazil merupakan sesuatu yang mecabar buatnya.
"Saya telah berdiri untuk masa yang lama dan perlawana menentang Brazil bukanlah sesuatu yang mudah.
"Pemian lawan juga memberikan tentangan yang hebat dan mereka tidak memberi peluang buat kami untuk mara," katanya.
Tambahnya lagi, apa yang penting Argentina tidak kalah dan kita terus maju untuk Piala Dunia.
Pengurus Argentina, Lionel Scaloni juga perlu menyemak semula perkara itu bagi mnegesahkan kelayakan mereka.
Menurutnya, dia bangga dengan pencapaian pasukannya namun, perkara itu perlu dipastikan terlebih dahulu.
"Perlawanan ini sangat sukar dan melihat bagaimana perlawanan berjalan, saya bangga dan berterima kasih kepada para pemain.
"Dengan kelayakan untuk Piala Dunia dan kami tetap tidak terkalahkan, tahun ini membawa tuah kepada kami," ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram