Xavi berkeras mahu beli Salah tidak kira apa jua kos


  • Podium
  • Isnin, 15 Nov 2021

XAVI (kanan) tahu kedatangan Salah akan mendatangkan impak besar buat Barcelona.— Agensi

XAVI percaya Mohamed Salah adalah kunci kepada pembinaan semula Nou Camp dan Barcelona dilaporkan bersedia untuk menyambar tonggak berbisa Mesir itu dari Liverpool tidak kira apa jua kos.

Salah telah menunjukkan prestasi luar biasa seperti musim 2017-18 dahulu dengan 15 gol dalam 15 perlawanan dan mencetuskan cakap-cakap bahawa dia adalah yang terbaik setakat ini.

Barcelona telah melantik Xavi untuk menggantikan Ronald Koeman sebagai pengurus baharu dan memikul tugas monumental bagi menyelamatkan kelabdan dia tahu kedatangan Salah akan mendatangkan impak besar dalam pasukannya.

Pasukan Catalan itu kehilangan Lionel Messi pada musim panas dan kebolehan Salah mampu melegakan sedikit tekanan.

Memetik laporan agensi El Nacional, Xavi mahu Salah mengisi kekosongan itu walau dengan apa cara sekalipun.

Kontrak Salah akan tamat pada musim panas 2023 dan ini bermakna The Reds harus menjualnya pada musim panas depan sebelum kehilangannya secara percuma.

Xavi dan Barcelona tidak akan berputus asa mendapatkan Salah apabila presiden baharu, Joan Laporta berminat untuk menebus semula kekecewaan musim panas kali ini yang disifatkan bencana apabila menyaksikan Messi dan Antoine Griezmann pergi meninggalkan Camp Nou.

'Salah adalah salah satu daripada 10 pemain terbaik dunia sekarang dan sentiasa memberikan persembahan terbaiknya.

'Saya telah menyaksikannya di final Liga Juara-Juara sebelum ini, dia adalah pemain yang hebat dan layak mendapat anugerah pemain terbaik kejohanan itu," kata Xavi.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Xavi, Mo Salah, Liverpool, Bercelona