SEORANG bekas pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL) menegaskan gol sendiri yang dilakukan oleh penjaga gol Liverpool, Alisson Becker sewaktu menentang West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 8 November lalu, adalah sah.
Menurut Keith Hackett, beliau melihat tiada kekasaran yang berlaku sewaktu gol berkenaan terjadi.
Hackett turut merasakan Alisson membiarkan pasukan lawan mengambil peluang atas kelemahan Liverpool.
"Saya bukan pakar penjaga gol tetapi saya berpendapat, perkara pertama adalah jika anda keluar dari garisan anda untuk menyelamatkan bola, anda perlu memastikan anda boleh mendapatkan bola tersebut.
"Oleh itu, saya berpendapat, ruang di atas padang bola sepak dikongsi antara 22 orang pemain.
"Tiada apa-apa yang boleh menghalang seorang penyerang daripada berdiri di hadapan penjaga gol. Dia perlu mencari jalan untuk mengatasi tekanan pihak lawan.
"Tiada kesalahan di sini. Dia perlu faham tiada kesalahan, dia perlu faham, sama seperti pengadil yang melakukan kesilapan, dia juga melakukan kesilapan," jelas Hackett.
Alisson dan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa gol tersebut wajar dibatalkan kerana berlaku kekasaran antara pemain pertahanan West Ham, Angelo Ogbonna serta Alisson.
Alisson turut memuat naik status di Instagram ketika rehat aksi antarabangsa dengan berkata: "Apabila anda boleh menggunakan tangan, tugas anda tidak terlalu sukar". — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram