Man. United buat pelaburan silap - TMJ


  • Podium
  • Isnin, 25 Okt 2021

TUNKU Ismail menyifatkan Man. United melakukan pelaburan yang salah musim ini. — Agensi

KEKALAHAN besar Manchester United hingga dijadikan ‘lauk’ oleh Liverpool yang menang 5-0 di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad ternyata menjadi topik bualan peminat bola sepak dunia.

Keputusan itu pastinya sesuatu yang sukar diterima peminat Man. United apatah lagi tewas sebegitu besar kepada musuh tradisi.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menyatakan pendapat dan menyifatkan The Red Devils sudah pun membuat beberapa keputusan silap.

tmj

“Pemain bagus, jurulatih tidak bagus. Ia bukan sesuatu pelaburan yang baik membeli (Harry) Maguire dengan nilai 100 juta.

“Leicester gunakan duit itu dan bina tempat latihan yang hebat, kesudahannya mereka kalahkan Man. United 4-2, beberapa minggu lalu.

“Perbaharui kontrak dan masih simpan Phil Jones. Masih lanjutkan kontrak (Juan) Mata. Ed Woodward, pilihan pemain, jurulatih yang salah dan membayar sejumlah wang yang tidak masuk akal.

“Semuanya pelaburan yang salah. Apa yang bagus di Manchester United sekarang adalah CR7 dan Sir Alex,” katanya menerusi IG Story pada Isnin.

Pada Ahad, bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah cetus sensasi apabila meledak hatrik, sementara Naby Keita dan Diogo Jota masing-masing mencetak satu gol.

Keputusan itu juga meletakkan pengendali Man. United, Ole Gunnar Solskjaer dalam situasi tertekan dengan ramai penyokong The Red Devils mahu pengurus itu dipecat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

man united, tmj, Harry maguire