Baiki padang RM10 juta: 'Kita cabar la boleh tak dengan kos itu'


AHMAD Faizal bertegas RM10 juta adalah kos tambah baik stadium di seluruh negara. — Bernama

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudah tampil menjelaskan yang kos RM10 juta adalah nilai untuk baik pulih kebanyakan stadium di seluruh negara.

Ahmad Faizal juga merasakan berlaku salah tafsir berkaitan perkongsiannya mengenai kos berkenaan bersama pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Cerita ini bertambah menarik apabila Tunku Ismail sendiri menjelaskan soal dakwaan beliau tersalah tafsir adalah tidak benar dan turut mempunyai saksi yang mendengar sendiri apa yang diperkatakan Ahmad Faizal.

Pastinya hal ini menarik minat peminat sukan negara yang menjadikan media sosial sebagai platform untuk menzahirkan pendapat masing-masing.

Seorang pengguna Facebook, Yann Ian berkata, jumlah kos yang dikatakan Ahmad Faizal bermakna kementerian itu sudah pun mendapatkan harga untuk proses baik pulih.

Combinetmj

“Ok juga dia dah spin cakap 10 juta untuk seluruh negara kan. So bermakna dia dah dapat harga yang tetap untuk buat balik padang seluruh negara.

“Cuba bagi dia 10 juta dan siapkan semua padang yang dia maksudkan tanpa ada kos tambahan lagi. Jadi ke tak,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Norhazan Merans turut senada yang mencabar Kementerian Belia dan Sukan untuk melaksanakan projek baik pulih dengan kos RM10 juta.

“Ok takpa la kalau dia kata 10 juta boleh buat padang seluruh Malaysia. Kita cabar la boleh tak dengan kos itu,” katanya.

“Bila dah terperangkap baru nak cari alasan. TMJ tu bijak, tak perlu nak kencing. Cuba kalau TMJ tak dedahkan kat media,” kata Hasnan Mubin.

Ada juga pengguna Facebook meninggalkan komen bersifat sarkastik atau menyindir.

Combinetmj1

“Kalau guna rumput jenis jarum mas logik la dengan harga 10 juta,” kata Tuan Mohamad Zaidi.

“Aku lebih percaya TMJ. Nampak sangat la. Geng politik ni dah terperangkap dengan kata-kata sendiri. #tq TMJ,” kata Mohd Halpezan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KBS, tmj, bukit jalil