TIDAK seperti pasukan lain di Liga Perdana Inggeris, tidak diragui lagi Liverpool perlu menjual pemain mereka supaya boleh membuat pelaburan besar pada jendela perpindahan Januari.
Walaupun prestasi skuad Jurgen Klopp dalam keadaan terbaik buat masa ini dengan hanya satu kekalahan dalam 11 perlawanan, jurulatih kelahiran Jerman itu sudah pastinya mempunyai perancangan untuk menambah pemain bagi memastikan Liverpool mempunyai peluang mencabar kejuaraan.
Jika Klopp berhasrat untuk menjual pemainnya untuk menggantikan Thiago Alcantara, jika pemain tengah itu disambar Barcelona.
Jadi adakah patut Liverpool menjual Thiago jika ada tawaran daripada Barcelona?
Walaupun Thiago tidak mengecewakan di Liverpool, ada segelintir penyokong merasakan pemain itu belum mencapai prestasi terbaik seperti di Bayern Munich ekoran dilanda krisis kecederaan.
Setakat ini, pemain antarabangsa Sepanyol itu terlepas tidak kurang 33 perlawanan akibat kecderaan dalam tempoh dua musim ini di saat Liverpool memerlukan bantuannya di bahagian tengah.
Dengan kontrak berbaki sehingga 2023 dan masih mencapai pada tahap terbaik, Thiago mampu memberi pulangan besar kepada Liverpool jika dilepaskan pada Januari.
Buat masa ini, Thiago bernilai 25 juta euro dan mampu mencecah harga 32 juta euro jika Barcelona perlu berebut dengan kelab lain. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram