Pertahanan United makin rabak, Bailly ke Serie A musim depan?


  • Podium
  • Rabu, 10 Nov 2021

MASA depan Bailly kian samar dengan kehadiran Varane. — AP

BEK tengah Manchester United, Eric Bailly dilaporkan menjadi buruan kelab Itali, AC Milan pada musim depan.

Khabar angin berkenaan bertiup kencang selepas AC Milan berkemungkinan kehilangan kapten mereka, Alessio Romagnoli secara percuma berikutan kontraknya bakal tamat pada Jun tahun depan.

Selain Romagnoli, AC Milan juga bakal kehilangan pemain tengah, Frank Kessie secara percuma musim depan dan Man United serta Arsenal antara yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Pada musim ini, Bailly hanya membuat tiga penampilan bersama Man United.

Pembelian Raphael Varane dari Real Madrid ke Man United pada jendela perpindahan musim panas lalu menyukarkan lagi peluang Bailly untuk menembusi skuad utama Red Devils.

Namun, pemain kelahiran Ivory Coast itu mula mendapat semula kepercayaan pengurus Man United, Ole Gunna Solskjaer selepas Varane dilanda kecederaan baru-baru ini.

Prestasi cemerlang ditonjolkan oleh Bailly sewaktu seri 2-2 menentang kelab Itali, Atalanta pada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) baru-baru ini, sekali lagi mendapat perhatian para peminat kelab tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram