JURGEN Klopp berkata Sadion Mane kembali mencapai prestasi terbaiknya di Liverpool.
Mane menjaringkan lapan gol pada musim ini termasuk ketika menang 2-0 menentang Altetico Madrid pada saingan Liga Juara-Juara pada Rabu lalu.
Pencapaiannya itu sudah separuh daripada yang dicapainya ketika beraksi 48 perlawnaan musim lepas.
Klopp percaya Mane berada pada tahap terbaik dan ia dibuktikan ketika pemain itu menjaringkan gol ke atas Altetico untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.
"Saya amat gembira buatnya.
"Saya tidak melihat sehebat ini pada musim lepas. Jika dia tidak gembira, tiada masalah. Jika dia mahu meningkatkan keupayaan diri, maka teruskan.
"Saya amat gembira melihat keadaan dirinya pada masa ini," kata Klopp.
Skuad bimbingan Klopp kini belum tewas dalam 25 perlawanan sejak Mac lalu dan mampu melakar rekod baharu kelab menentang West Ham pada Ahad ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram