Sedikit menurun, Malaysia catat 4,922 kes Covid-19 baharu


  • Primer
  • Jumaat, 05 Nov 2021

KES baharu Covid-19 mencatatkan penurunan sebanyak 791 kes pada Jumaat. — Gambar hiasan/Agensi

MALAYSIA mencatatkan 4,922 kes baharu Covid-19 pada Jumaat, sedikit menurun berbanding 5,713 kes yang dicatatkan pada Khamis.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2,486,630 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes sembuh pada Jumaat adalah sebanyak 5,579 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,401,823.

Daripada keseluruhan jumlah kes baharu pada Jumaat, Noor Hisham berkata, 4,912 kes adalah jangkitan tempatan manakala 10 merupakan kes import.

"Daripada 5,291 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 80 kes adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 4,842 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Tambah beliau, setakat jam 12 tengah hari 5 November 2021, seramai 549 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 282 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak tiga kluster baharu dikenal pasti pada Jumaat, dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 355.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram