Gadis sebulan tak pulang rumah sebab ikut kawan di Kerian


  • Tular
  • Jumaat, 05 Nov 2021

MASLINA Razali (kiri) dan laporan polis dibuat oleh keluarganya setelah dia tidak pulang ke rumah sehingga hari ini. — Facebook

SEBUAH keluarga meminta bantuan orang ramai di daerah Kerian, Perak bagi mengesan lokasi kedudukan anak gadis mereka, yang tidak pulang ke rumah sehingga kini.

Maslina Razali, 17, dipercayai keluar rumah bagi mengikuti kenalannya pada 16 Oktober lalu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku, pihak keluarga telah berusaha menjejaki gadis berkenaan namun gagal dan satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu.

252916860_2070208756480252_7215255695185545201_n

MASLINA dipercayai keluar rumah bagi mengikuti kenalannya pada 16 Oktober lalu.

"Tolong bantu sebarkan perkara ini agar remaja ini dapat segera pulang dalam keadaan selamat kepada keluarganya.

"Semoga jasa baik kalian semua dibalas dengan kebaikan yang berganda," katanya.

Orang ramai yang ternampak atau mengetahui lokasi kedudukan remaja itu boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pihak keluarga di talian 017-4515953 atau 017-5390919. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

gadis hilang, PDRM, keluarga, Kerian, Perak, kenalan