Tabung Haji nafi tawar percepat giliran haji


  • Primer
  • Jumaat, 05 Nov 2021

TABUNG Haji menegaskan penggiliran berdasarkan sistem pendaftaran. — Gambar hiasan/Agensi

TABUNG Haji menegaskan tidak pernah melantik mana-mana pihak, organisasi atau orang perseorangan sebagai perantara, orang tengah atau ejen dalam hal berkaitan tawaran haji mahu pun pakej haji.

Sehubungan itu, Tabung Haji menasihati orang ramai supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran membabitkan haji, termasuk dana untuk mengerjakan haji.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh Tabung Haji pada Jumaat, pihaknya menerima laporan daripada pendeposit yang menerima tawaran dana haji melalui panggilan telefon bagi membolehkan mereka menunaikan haji dengan lebih cepat.

"Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk urusan berkaitan haji termasuk untuk mempercepatkan giliran.

"Pemilihan giliran menunaikan haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran, yang mana yang mendaftar dulu, didahulukan," ujarnya.

Orang ramai diminta menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Tabung Haji, haji, penggiliran, tunai haji