MANCHESTER United menerima tamparan hebat menjelang aksi bertemu Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu selepas tonggak pertahanannya disahkan mengalami kecederaan Hamtsring ketika United seri 2-2 dengan Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara sebelum ini.
Pemain berusia 28 tahun itu baharu sahaja kembali bersama Man United ketika mencatatkan kemenangan ke atas Tottenham selepas mengalami kecederaan pangkal paha selepas final Liga Negara-Negara.
"Kelab mengesahkan Varane mengalami kecederaan hamstring yang dijangka menyebabkan dirinya tidak dapat beraksi selama sebulan. Kami mendoakan Varane akan cepat sembuh,” kata Man United dalam satu kenyataan.
Dengan kecederaan tersebut, ia pastinya mencetuskkan kebimbangan buat Ole Gunnar Solskjaer yang bergelut di bahagian pertahanan pada sebahagian besar musim ini.
United kini pastinya berharap, Victor Lindelof akan cergas untuk menentang The Citizens meskipun sebelum ini bergelut dengan kecederaan yang menyebabkan pemain antarabangsa Sweden itu tidak dapat bermain di Itali tempoh hari. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram