PEMAIN tengah Liverpool, Fabinho kembali menjalani latihan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Atletico Madrid pada Rabu.
Perkara itu dimaklumkan oleh kelab Liga Perdana itu pada Isnin.
Fabinho sebelum ini tiga perlawanan terakhir kerana kecederaan lutut ringan.
Dia menyertai Liverpool dari AS Monaco pada 2018.
Kepulangannya akan sangat dialu-alukan kerana Liverpool kehilangan mata dalam perlawanan dalam perlawanan menentang Brighton pada Sabtu lalu.
Liverpool berada di puncak Kumpulan B dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan, lima mata di atas Atletico, yang mereka tewaskan 3-2 di Wanda Metropolitano bulan lepas. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram