CRISTIANO Ronaldo memberitahu rakan sepasukannya di Manchester United bahawa mereka harus menyesuaikan corak permainan dan memperbaiki diri bagi perlawanan seterusnya selepas dia menjadi wira Red Devils untuk mencatat keputusa seri 2-2 dengan Atalanta.
Ronaldo memastikan United kekal dalam saingan Liga Juara-Juara menjelang dua perlawanan terakhir.
Dalam perlawanan awal Rabu, Red Devils ketinggalan 1-2 dengan baki perlawanan beberapa minit dan menduduki tempat ketiga dalam kumpulan.
Jika keputusan itu kekal, United berdepan masalah tersingkir dalam kempen Liga Juara-Juara seandainya kalah kepada Villareal pada perlawanan berikutnya.
Tetapi Ronaldo menyelamatkan United dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan bagi mengikat kedudukan.
Sejurus selepas perlawanan, bintang Portugal itu memberitahu rakan sepasukannya bahawa mereka mesti memperbaiki diri untuk bersaing merebut gelaran.
"Saya tahu ia adalah perlawanan yang mencabar apabila kami menentang Atalanta. Saya gembira kerana dapat membantu pasukan untuk mendapatkan tiga mata. Kami tidak pernah berputus asa dan percaya sehingga ke penghujung perlawanan.
"Permulaan ini sukar, Atalanta mempunyai jurulatih yang hebat dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tahu perkara itu ketika bermain di Juventus.
"Kami melakukan tugas dengan baik dan bernasib baik kerana saya menjaringkan gol tetapi itulah bola sepak.
"Kami masih perlu memperbaiki diri. Kami mempunyai pemain dan sistem yang berbeza serta perlukan masa untuk menyesuaikan diri," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram