Isteri Martial cari pasal dengan Solskjaer


  • Podium
  • Isnin, 01 Nov 2021

MARTIAL hanya bermain dua kali dalam liga dengan tiga penampilan lagi hanya dari bangku simpanan. — Agensi

ISTERI Anthony Martial tampil membela suaminya dengan membalas dakwaan bahawa pemain Manchester United itu tidak mengalami kecederaan seperti yang didakwa.

Dakwaan tersebut timbul selepas Martial tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspurs ekoran dikatakan mengalami kecederaan seperti yang didakwa oleh pengendali skuad The Red Devils itu, Ole Gunnar Solskjaer.

Penampilan terakhir pemain Perancis berusia 25 tahun itu hanya pada awal Oktober lalu apabila dia menjaringkan gol dalam keputusan seri dengan Everton di Old Trafford.

Sejak itu Martial diketepikan oleh Solskjaer termasuk dalam perlawanan menentang Spurs pada Ahad yang menyaksikan skuad itu menang 3-0.

Isterinya, Melanie Da Cruz berkata, "Anthony (Martial) tidak pernah mengalami kecederaan. Dia hanya terkena keracunan makanan dua minggu lalu.'

melanie ig

TANGKAP layar Instagram Melanie ketika menjawab dakwaan suaminya mengalami kecederaan seperti yang didakwa. — Instagram

Melanie berkata demikian selepas peminat Martial bertanyakan status pemain itu kepadanya di laman Instagram.

Dia turut memuat naik sekeping gambar memperlihatkan suaminya itu sedang berlatih berbasikal dengan kapsyen bertulis, "Jangan berputus asa."

Martial hanya bermain dua kali dalam liga dengan tiga penampilan lagi hanya dari bangku simpanan.

Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho memperkuat barisan serangan yang juga dibarisi Marcus Rashford, Mason Greenwood, Edinson Cavani dan Jesse Lingard.

Ia membawa kepada khabar angin kononnya Martial mahu meninggalkan Man United. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram