Rooney akhirnya bersuara, kritik bintang Man United


  • Podium
  • Jumaat, 29 Okt 2021

ROONEY percaya bahawa Solskjaer merupakan seorang pejuang dan dia akan terus melakukan perkara yang betul. — Agensi

BEKAS bintang Manchester United, Wayne Rooney menyuarakan pendapat yang pengurus, Ole Gunnar Solskjaer berjuang untuk mengekalkan tugasnya di Old Trafford.

Katanya kekalahan 5-0 dengan musuh lama Liverpool merupakan sesuatu yang sukar untukk dihadam.

"Tidak seharusnya semua tanggungjawab perlu diletakkan kepada pengurus, pemain perlu perlu menyoal dan melihat diri mereka sendiri, malah dibayar tinggi untuk melakukan tugas itu dan saya tidak fikir mereka melakukannya.

"Manchester United mendapat tekanan dan harapan tinggi daripada semua pihak, pemain juga tidak konsisten memain peranan mengikut kedudukan mereka di padang dan semuanya mahu menonjol di barisan hadapan, adakah itu salah pengurus?" luahnya.

Red Devils bakal berdepan tiga perlawanan sukar di hadapan, dengan perlawanan Liga Perdana menentang Tottenham dan Manchester City di kedua-dua belah perlawanan Liga Juara-Juara di Atalanta.

Perlawanan itu mungkin akan menyelamatkan kedudukan Solskjaer sebagai pengurus sekiranya ada peningkatan drastik yang dilakukan.

Bagaimanapun, ia juga belum tentu dapat mengesahkan kedudukan pengurus asal Norway itu sama ada akan dikekalkan atau dipecat.

Ini berikutan Manchester United hanya menyimpan satu rekod bersih dalam 20 perlawanan terakhir mereka di semua pertandingan, rekod terburuk dalam semua pasukan Liga Perdana semasa.

Kata Rooney lagi, sama ada Solskjaer kekal dalam tugas yang dipegangnya sejak Disember 2018, masih belum diketahui.

"Saya pasti dia akan memberikan segalanya untuk mengelak daripada dipaksa keluar.

“Saya tahu Solskjaer seorang pejuang, dia akan terus melakukan perkara yang betul, dia akan terus percaya dengan apa yang dia lakukan dan cuba mendapatkan lebih banyak daripada pemain kerana saya fikir tanggungjawab besar ada pada mereka," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram