CHELSEA bakal beraksi tanpa empat pemain harapannya dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United pada Sabtu.
Ini berikutan keempat-empat pemainnya, Christian Pulisic, N'Golo Kante, Andreas Christensen dan Cesar Azpilicueta dilaporkan mengalami kecederaan yang menghalang mereka untuk tampil pada perlawanan berkenaan.
Pulisic tidak beraksi untuk kelab gergasi barat London itu sejak hujung minggu pembukaan kempen.
Dia mengalami kecederaan buku lali semasa beraksi bersama pasukan Amerika Syarikat pada awal September.
Sementara itu, Kante pula difahamkan mengalami kekejangan otot dan Christensen menjalani pembedahan gigi
Azpilicueta pula dikatakan mengalami kecederaan bahu, namun dikatakan dalam pertimbangan untuk menyertai pasukan ketika menentang Magpies pada hari Sabtu.
Bagaimanapun, Ruben Loftus-Cheek tidak kelihatan di tempat latihan. Dia diketepikan kerana masalah pinggul pada pertengahan minggu menyebabkan dia mungkin direhatkan.
Kelab itu juga berdepan dengan ketiadaan Romelu Lukaku dan Timo Werner di bahagian serangan akibat kecederaan, tetapi mereka dikatakan mempunyai pilihan yang mencukupi dalam skuad bagi menutup kekurangan itu.
The Blues telah membuat permulaan yang baik untuk kempen liga teratas dan mempamerkan aksi cemerlang dalam setiap perlawanan liga di bawah kendalian Thomas Tuchel.
Chelsea baru-baru ini mara ke suku akhir Piala Carabao berikutan kemenangan penentuan penalti ke atas Southampton.
Tumpuan mereka kini akan beralih kepada liga di mana mereka mempunyai kelebihan satu mata tipis ke atas Liverpool di tangga teratas. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram