Chelsea tak mampu julang trofi EPL, kata legenda Man United


  • Podium
  • Rabu, 27 Okt 2021

THE Blues kini mendahului liga selepas mencatat 22 mata daripada sembilan perlawanan musim ini. — Reuters

LEGENDA Manchester United, Paul Scholes menolak peluang Chelsea untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan percaya ia adalah persaingan antara penyandang juara, Manchester City dan Liverpool.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel itu kini mendahului Liga Perdana Inggeris selepas mencatat 22 mata daripada sembilan perlawanan musim ini.

Tetapi, selepas membelasah United 5-0 di Old Trafford pada Ahad, Liverpool kini hanya ketinggalan satu mata di belakang The Blues, manakala Manchester City ketinggalan dua mata di tempat ketiga.

Walaupun Chelsea memulakan musim ini dengan penuh bergaya, Scholes berkata, dia masih mempunyai keraguan terhadap kemampuan pasukan Tuchel berbanding Liverpool dan City.

"Saya fikir ia adalah hari yang hebat buat EPL," kata Scholes mengulas mengenai perlawanan antara bekas kelabnya dan The Reds pada Ahad.

"Melihat Liverpool pergi ke Old Trafford dan menang dengan penuh yakin, saya fikir ia akan membuatkan City bimbang.

"Chelsea... Saya tidak begitu pasti, mereka membuktikan bahawa mereka hebat dan saya fikir mereka beraksi dengan lebih baik berbanding apa yang saya fikir tetapi pada saya ia adalah antara Liverpool dan Manchester City.

"Saya rasa City menonton (Liverpool) hari ini, dalam Liga Juara-Juara atau Liga Perdana, itu akan membuatkan mereka takut," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram