Saya mahu orang ingat Kuching City - Kalang Tie


  • Podium
  • Khamis, 28 Okt 2021

JOSEPH Kalang Tie tidak rela penyertaan Kuching City di Piala Malaysia musim ini sekadar pelengkap jadual semata-mata.

JOSEPH Kalang Tie tidak rela penyertaan Kuching City di Piala Malaysia musim ini sekadar pelengkap jadual semata-mata.

Sebaliknya, kapten pasukan itu mahu menjulang pasukan muncul sebagai salah satu daripada ‘pembunuh gergasi’ dan nekad menggunakan segala pengalamannya untuk julang pasukan.

“Banyak lagi yang kita kena perbaiki selepas pasukan seri dan tewas dalam dua perlawanan awal. Saya percaya dengan pengalaman yang saya dan pemain-pemain lain ada akan membantu Kuching City.

“Walaupun kami masih baharu dalam saingan ini, tetapi saya harap ada orang akan ingat yang Kuching City juga antara pasukan yang mampu jadi perhatian dalam Piala Malaysia.

“Saya juga ingin penyokong tahu bahawa walaupun kami mungkin hadir sebagai pasukan yang kecil, tetapi impian kami besar untuk lihat pasukan mara sejauh mungkin”, katanya.

Walaupun sekadar meraih satu mata dalam dua perlawanan, peluang skuad yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim ini untuk ke suku akhir masih lagi terbuka.

Apatah lagi, Irfan Bakti juga sudah cukup masak dengan kualiti yang ada pada pencabar dalam Kumpulan B, Selangor dan Terengganu, yang kedua-duanya pernah mendapat tunjuk ajar daripadanya.

Sabtu ini, Kuching City dijadualkan bertemu Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

“Saya tidak mahu kami memikirkan status lawan kerana apa yang penting adalah fizikal dan mental pasukan. Sebolehnya Kuching City ingin elak sebarang tekanan fikirkan kekuatan lawan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan a

kalang tie, kuching city, piala malaysia