Pemain import 'berbisa' dalam kancah Piala Malaysia


  • Podium
  • Isnin, 25 Okt 2021

BERGSON da Silva cemerlang membantu JDT dalam aksi Piala Malaysia musim ini. — Facebook/ Johor Southern Tigers

TIDAK dapat dinafikan bukan semua pemain import yang mampu menyesuaikan diri dengan Liga Malaysia (Liga M).

Tidak hairanlah jika berlaku pertukaran import setiap kali tiba jendela perpindahan kedua namun masih ada yang mampu jelmakan impak besar buat pasukan.

Ada di antaranya masih kekal konsisten setiap kali diturunkan dan semuanya dapat dilihat dalam kempen Piala Malaysia edisi tahun ke 100 kali ini.

Untuk melihat semua khidmat pemain import, ada beberapa pemain yang dirasakan cukup menyerlah sepanjang musim ini.

Bergson da Silva (JDT)

Pemain dari Brazil ini tidak menunggu lama untuk membuktikan sentuhan jaringannya apabila terus ledaak jaringan dalam aksi debut bersama Johor Darul Takzim (JDT).

Prestasi hebatnya juga menjadi tunjang kepada kejayaan JDT julang trofi Liga Super buat kali kelapan berturut-turut musim ini.

Paulo Josue (Kuala Lumpur City)

Seorang lagi pemain dari Brazil ini sudah pun membuktikan kesetiaannya bersama pasukan, tidak kira ketika jatuh ke Liga Premier atau pun di Liga Super.

Galas tugas selaku kapten memang tanggungjawab besar namun Josue nyata cukup bersedia untuk hadirkan impak menerusi umpanan gol dan juga jaringan penting yang dihasilkannya.

Romel Morales (Kuala Lumpur City)

Gandingannya bersama Josue jelas memiliki chemistry (persefahaman) yang cukup baik sepanjang musim ini hingga bantu pasukan kekal tanpa kalah di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur

Walaupun berlaku eksperimen terhadap posisinya daripada pemain tengah ke penyerang, Morales masih ada bisa untuk menghadirkan sesuatu kepada pasukan.

Adriano Parecido Narcizo (Melaka United)

Sejak kehadirannya pada jendela perpindahan kedua, penyerang ini berjaya mengubah pasukan kepada lebih baik berbanding di awal musim.

Prestasi hebatnya berterusan ketika dua aksi awal Piala Malaysia hingga bantu pasukan kekal tanpa kalah untuk bantu Melaka United memimpin carta Kumpulan C dengan mata maksimum. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bergson, paulo josue, piala malaysia