Zidane tolak latih Man United


  • Podium
  • Selasa, 26 Okt 2021

ZIDANE menjadi antara calon pilihan menggantikan Solskjaer. — AFP

NAMA Zinedine Zidane sering dikaitkan untuk menggantikan posisi Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus Manchester United sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, Zidane dikhabarkan enggan melatih United kerana masih belum bersedia untuk menguruskan mana-mana kelab.

Memetik Mundo Deportivo, Zidane juga tidak boleh berbahasa Inggeris dan berkemungkinan beliau mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas pengurus Real Madrid itu turut dikatakan hanya berminat untuk melatih pasukan kebangsaan Perancis atau kelab Paris Saint-Germain (PSG).

Zidane sebelum ini melatih Real Madrid pada Januari 2016 sebelum berehat daripada dunia pengurusan selama sembilan bulan dan kembali menguruskan Real Madrid pada Februari 2019.

Solskjaer dicemuh oleh sebahagian besar penyokong Man United selepas tewas 0-5 kepada Liverpool dalam saingan EPL pada Ahad lalu.

Susulan kekalahan itu, Zidane dan pengurus Itali, Antonio Conte menjadi calon pilihan untuk menggantikan Solskjaer.

Malahan, pemain bintang United, Cristiano Ronaldo turut mencadangkan Zidane untuk menerajui kelab tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram