Firmino sanggup patah balik tunai hajat penyokong MU


  • Podium
  • Selasa, 26 Okt 2021

FIRMINO menghadiahkan bajunya kepada seorang penyokong Man. United. — Agensi

PENYOKONG Liverpool ceria pada petang Ahad selepas The Reds melakar kemenangan luar biasa 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Manchester United.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp menyajikan kemenangan terbesar kepada penyokong kelab itu ketika bermain di tempat lawan menentang musuh tradisi mereka, manakala Mohamed Salah menjadi pemain lawan pertama yang menjaringkan hatrik LEPL di Old Trafford.

Penyokong pasukan tuan rumah dilihat meninggalkan Old Trafford lebih awal, ketika Liverpool mendahului 4-0 pada separuh masa.

Bagaimanapun, Roberto Firmino sekurang-kurangnya memberikan alasan kepada seorang peminat Manchester United untuk mengukirkan senyuman di sebalik kekalahan pasukan tersebut.

Menerusi satu video di Twitter @LukeShawArmy, penyerang dari Brazil itu dilihat keluar dari terowong dan kembali ke arah padang tidak lama selepas wisel penamat dibunyikan.

Mencuri peluang itu, seorang peminat pasukan lawan menghulurkan tangan untuk meminta baju pemain berusia 30 tahun itu sebelum Firmino menyerahkannya.

Ketika penyerang Liverpool itu berlalu pergi, raut malu terpancar pada wajahnya ketika dia cuba menyembunyikan 'hadiah' baharu daripada rakan-rakan penyokong Manchester United lain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram