'Bukan saya yang beraksi di padang'


  • Podium
  • Isnin, 25 Okt 2021

LINGARD hanya menghabiskan 74 minit dalam enam penampilan sebagai pemain gantian dalam aksi EPL dan Liga Juara-Juara musim ini.— Agensi

KEKALAHAN 0-5 Manchester United di laman sendiri dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool pada Ahad mengundang amarah penyokong.

Ada di antara mereka bengang dengan prestasi The Red Devils yang mengecewakan, malah ada yang mempersalahkan pemain atas situasi itu.

Hal itu terpalit kepada pemain tengah, Jesse Lingard yang dikecam penyokong saat Manchester United di ambang kekalahan meskipun hanya diletakkan sebagai pemain simpanan dalam perlawanan di Old Trafford itu.

Lingard bagaimanapun berdepan kecaman itu dengan tenang dan menjawab sindiran tersebut dengan satu jawapan ringkas.

Katanya: "Bukan saya yang beraksi di padang."

Reaksi Lingard itu turut menjadi perkongsian di laman sosial Twitter dan ramai yang menganggap bahawa ia adalah satu jawapan yang adil buatnya.

Pemain asal England itu tidak sepatutnya terpalit atas kekalahan Manchester United kerana dia tidak beraksi pada malam berkenaan.

Malah, pemain berusia 28 tahun itu juga berdepan musim yang mengecewakan selepas kembali ke Manchester United berikutan pinjaman sensasi separuh musim di West Ham sebelum ini.

Lingard hanya menghabiskan 74 minit dalam enam penampilan sebagai pemain gantian di EPL dan Liga Juara-Juara musim ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram