WIRA skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Azfar Fikri Azhar kini sedang diselubungi kegembiraan berganda selepas memastikan tiga mata penting apabila menewaskan Laos 1-0 pada kempen kelayakan Piala Asia B-23 2023 di Stadium MFF di Ulaanbaatar, Mongolia pada Isnin.
Selain puas dapat membantu kejayaan pasukan, jaringan dihasilnya itu melengkapkan debutnya bersama skuad kebangsaan di pertandingan kompetitif.
“Saya rasa gembira dapat bantu pasukan dan kami berjaya menyesuaikan diri dengan cuaca. Alhamdulillah, penampilan pertama saya sudah dapat hasilkan jaringan,” katanya.
Pada perlawanan itu, keputusan pengendali pasukan memasukan Quentin Cheng nyata satu tindakan berbaloi apabila pemain pertahanan Penang itu menjadi pencetus kepada jaringan Azfar pada init ke-68.
Ketika itu, Cheng bertindak bijak apabila melorongkan hantaran lintang rendah sebelum disambut Azfar tiba di kedudukan tepat untuk menampan masuk bola ke gawang Laos.
“Terima kasih rakyat Malaysia kerana menyokong kami. Terima kasih juga kepada jurulatih dan rakan sepasukan.
“Kemenangan ini untuk rakyat Malaysia,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram