'Chelsea perlu ikut harga kami untuk beli Kounde'


  • Podium
  • Ahad, 24 Okt 2021

SELAIN Chelsea, Manchester United dan Real Madrid juga dikatakan berminat dengan Kounde. — Agensi

PASUKAN Sevilla memaklumkan bahawa mereka tidak akan menjual pemain pertahanan Jules Kounde dengan harga murah.

The Blues cuba mendapatkan pemain antarabangsa Perancis itu pada musim panas, tetapi tidak berjaya selepas kelab La Liga itu menaikkan harga permintaan mereka.

Awalnya Chelsea dimaklumkan bahawa Kounde ditawarkan pada harga GB£ 43 juta (RM245 juta) tetapi Sevilla menegaskan bahawa mereka menetapkan harga pemain itu pada £68.5 juta (RM391 juta).

Juara Eropah itu menarik balik tawaran mereka pada ketika itu, tetapi mereka masih berminat dengan Kounde.

Ini berikutan, Antonio Rudiger dijangka mengucapkan selamat tinggal kepada Stamford Bridge apabila kontraknya berakhir musim panas depan.

Thiago Silva, 37 juga dikatakan akan meninggalkan kelab itu.

Oleh itu, Chelsea perlu mengisi kembali pertahanan mereka, dan Kounde dianggap sebagai sasaran utama.

Mereka juga boleh berusaha untuk membawa pemain pertahanan itu ke London pada Januari, walaupun kelab lain juga berminat dengan pemain berusia 22 tahun itu.

Selain Chelsea, Manchester United dan Real Madrid juga dikatakan berminat dengan pemain itu.

Presiden Sevilla, Jose Castro menafikan kenyataan bahawa mereka perlu menjual Kounde untuk memperbaiki kewangan mereka.

"Untuk mengatakan bahawa kelab kami mempunyai masalah kewangan itu tidak masuk akal.

“Musim lalu kami mempunyai lebihan,”katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram