United berusaha keras 'tiru' kejayaan Liverpool — Solskjaer


  • Podium
  • Sabtu, 23 Okt 2021

SOLSKJAER berkata United kini cuba menyaingi Liverpool sebagai pasukan terbaik dunia. — Reuters

BOS Manchester United Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukannya sedang berusaha keras 'meniru' kejayaan Liverpool.

Liverpool sudah memenangi Piala Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris sejak kali terakhir United menang Liga Eropah pada 2017.

Sejak memimpin Red Devils, Solskjaer belum pernah lagi menewaskan Liverpool dalam saingan liga.

"Ia perlu sesuatu yang besar untuk mencapai keputusan baik menentang satu daripada pasukan terbaik Eeropah dan dunia.

"Liverpool adalah satu daripadanya. Mereka merupakan pasukan yang kami cuba kejar kerana apa yang mereka capai dalam tempoh empat tahun lepas perlu kami usahakan untuk memintas mereka.

"Kami menamatkan saingan atas mereka pada musim lepas tetapi ramai pemain mereka yang cedera dan kini mereka berada di tahap terbaik," katanya.

Liverpool akan berkunjung ke Old Trafford pada Ahad dengan misi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga.

Reds kini menduduki tempat kedua dengan 18 mata, satu mata di belakang pendahulu Chelsea manakala United berada di tangga keenam dengan 14 mata. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram