PENGADIL untuk perlawanan Manchester United menentang Liverpool telah diumumkan dan jika anda peminat Liverpool, anda mungkin akan berubah fikiran.
Anthony Taylor, yang dilahirkan dan dibesarkan di Manchester, England akan menjadi pengadil dalam perlawanan penting pada malam Ahad.
Taylor yang mengakui penyokong kelab Altrincham sebelum ini sering mengadili perlawanan melibatkan United dan selalunya memberi keputusan yang berpihak kepada Red Devils.
Dia diharapkan akan menjadi 'penyokong' Altrincham pada perlawanan itu, sekali gus mengenepikan sikap berat sebelah.
Turut membantunya di padang adalah Stuart Attwell dan Marc Perry.
Sekiranya nama Stuart Attwell kedengaran biasa, ia mungkin kerana dia mengendalikan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam empat perlawanan terakhir Liverpool.
Berita baik untuk peminat Liverpool adalah Mike Dean akan menjadi pengadil keempat, yang akan memantau Ole Gunnar Solskjaer dan Jurgen Klopp.
Selain itu, Gary Beswick dan Lee Betts akan menjadi penjaga garisan dalam pertembungan United menentang Liverpool pada Isnin.
Ini bukan semua berita buruk untuk Liverpool, kerana kali terakhir Anthony Taylor mengendalikan perlawanan Manchester United menentang Liverpool adalah ketika kemenangan 4-2 musim lalu di Old Trafford.
The Reds juga diharapkan dapat mengulangi prestasi itu dan mengurangkan jurang mata dengan Chelsea, yang kini berada di tangga teratas setelah mengalahkan Norwich City 7-0. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram