Salah miliki apa yang Ronaldo ada


  • Podium
  • Sabtu, 23 Okt 2021

JURGEN Klopp merasakan Salah mampu berikan aksi lebih baik berbanding apa yang sudah dilakukannya ketika ini. — Agensi

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah memiliki rahsia yang sama seperti Cristiano Ronaldo sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Menurut pengurus The Reds, Jurgen Klopp yang pernah menguruskan penyerang terbaik seperti Robert Lewandowski dan Pierre-Emerick Aybameyang, Salah mampu muncul sebagai yang terbaik pada tahun mendatang.

Dan malam Ahad (jam 11.30 malam waktu Malaysia), Salah dan Ronaldo akan membuat perhitungan sesama sendiri di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), ketika Klopp melabel bintang Portugal itu sebagai pemain terhebat dunia buat ketika ini.

Namun, musim ini Salah bermula dengan cemerlang berbanding Ronaldo atau pun mana-mana penyerang lain di EPL.

Salah merekodkan lebih banyak gol dalam aksi 90 minit dengan Ronaldo berada di tangga kedua, begitu juga dalam aspek sentuhan dalam kotak penalti.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Salah memiliki kemahuan dan obses kejayaan seperti Ronaldo, Klopp menjawab ‘ya’.

“Kami memerlukan nasib kerana kecederaan dan perkara lain boleh berlaku. Tetapi saya fikir tahap profesional kedua-duanya adalah mungkin sama.

“Mo Salah cukup profesional. Dia orang yang pertama masuk dan yang terakhir keluar. Dia cukup berminat dengan semua perkara yang dia mampu lakukan dan terus mengekalkan atau pun mencuba untuk bertambah baik.

“Dengan apa yang dia ada, saya fikir dia masih ada banyak yang boleh diberikan.” — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

salah, ronaldo, liverpool