Kerana Bodo, pemain AS Roma dijangka tinggalkan Mourinho


  • Podium
  • Sabtu, 23 Okt 2021

JOSE Mourinho jelas kurang gembira dengan apa yang dijelmakan pemainnya sepanjang perlawanan

KEKALAHAN besar 6-1 AS Roma kepada Bodo Glimt bakal menyaksikan beberapa pemain bakal ‘angkat kaki’ daripada kelab Itali itu.

Daripada apa yang dilaporkan Corriere dello Sport, pengurus AS Roma, Jose Mourinho jelas kecewa dengan pendekatan kebanyakan pemain sepanjang perlawanan.

Malah pengurus itu juga tidak gembira dengan tahap konsentrasi pemain seperti Borja Mayoral, Gonzalo Villar, Amadou Diawara, Bryan Reynolds dan Marash Kumbulla.

Mayoral kini seakan hampir pasti akan berhijrah pada Januari ini untuk menyertai mana-mana kelab yang boleh menjanjikan peluang untuknya bermain lebih kerap.

Villar dan Diawara mungkin hampir sama Mourinho juga sudah lama mahu melepaskan pemain ini.

Reynolds pula seakan tidak bersedia untuk bermain bersama skuad utama dan pemain Amerika Syarikat itu dijangka akan dipinjamkan pada musim sejuk kali ini.

Kumbulla juga dijangka terus kekal manakala masa depan Riccardo Calafiori turut menjadi tanda tanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram