Ranking Harimau Malaya jatuh


  • Podium
  • Khamis, 21 Okt 2021

SKUAD Malaysia gagal memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.

HARIMAU Malaya turun satu anak tangga berdasarkan ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.

Mengikut ranking badan induk bola sepak dunia itu, skuad kebangsaan menduduki tangga ke-155 dunia, berbanding 154 pada 16 September lalu.

Bagi tangga pertama, Belgium kekal mendahului ranking disusuli Brazil di tangga kedua.

Perancis dan Itali pula memperbaiki kedudukan apabila berjaya naik ke tangga ketiga dan keempat.

Bagi ranking dalam kalangan negara Asia, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe berada di kedudukan ke-30 dengan Iran, Jepun dan Australia mengungguli kelompok tiga teratas.

Sementara itu, untuk kedudukan negara di rantau Asia Tenggara, skuad Harimau Malaya berada di belakang Vietnam (98), Thailand (117), Filipina (127) dan Myanmar (145). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

ranking, Harimau Malaya, Malaysia, FIFA