MANCHESTER United dikhabarkan menghubungi Zinedine Zidane baru-baru ini untuk mengisi jawatan pengurus selepas menerima cadangan daripada bintang pasukan itu, Cristiano Ronaldo.
Khabar berkenaan timbul selepas United tewas kepada Leicester City 2-4 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada minggu lalu.
Ekoran kekalahan itu, pengurus United, Ole Gunnar Solksjaer didesak oleh para penyokong kelab terbabit untuk meletakkan jawatannya.
Zidane ketika ini tidak membimbing sebarang kelab selepas meninggalkan Real Madrid pada akhir musim lalu.
Khabar angin itu ditimbulkan oleh seorang wartawan Sepanyol, Eduardo Inda.
"Zidane boleh memilih pasukan yang dia mahukan. Saya pernah mengatakan Paris Saint-Germain (PSG) menghubunginya, mereka selalu mahukan Zidane.
"Newcastle United juga mahukan dia tetapi ketika rehat aksi antarabangsa, Zidane menerima panggilan daripada United untuk menggantikan Solksjaer.
"Individu yang menyokong dan memberi cadangan kepada pengurusan United adalah Ronaldo," kata Inda.
Masa depan Solksjaer dikatakan bakal terjawab ketika United menentang kelab Itali, Atalanta dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Khamis dan bertemu Liverpool pada Ahad.
Kehadiran beberapa pemain bintang seperti Jadon Sancho, Raphael Varane serta Ronaldo pada musim ini nyata belum mampu mengubah nasib United dan Zidane dikatakan individu sesuai untuk membawa kelab itu ke peringkat lebih tinggi. — Agensi