LEGENDA Manchester United, Gary Neville mengkritik persembahan buruk kelab itu pada musim ini dan menyifatkannya sebagai "selekeh dan bercelaru untuk ditonton".
Kritikan itu timbul susulan kekalahan 4-2 terhadap Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu, yang menamatkan rentetan 29 perlawanan tanpa kalah di gelanggang lawan.
"Prestasi (mereka) begitu buruk sepanjang musim ini dari segi persembahan berpasukan. Ada beberapa keputusan yang baik dan beberapa gol individu yang hebat, tetapi keseluruhan persembahan adalah buruk. Ia sangat selekeh dan bercelaru untuk ditonton," katanya.
Tambah Neville, United memerlukan seorang pemain bertenaga dan rajin untuk mengimbangi skuad sedia ada.
"Kita telah melihat pasukan yang dipilih hari ini dengan Marcus Greenwood, Jadon Sancho, Cristiano Ronaldo, Paul Pogba dan Bruno Fernandes memulakan perlawanan.
"Saya suka mereka berlima, tetapi apabila mereka semua berada dalam pasukan yang sama anda tidak mempunyai tenaga yang mencukupi.
"Ada sebab mengapa Darren Fletcher, John O'Shea, Nicky Butt, Tom Cleverley, Park Ji-sung dan Owen Hargreaves mendapat tempat di United sebelum ini.
"Kita memerlukan pemain bertenaga untuk bersama pemain-pemain hebat. Manchester United pada masa ini tidak seimbang. Keputusan yang mereka lakar adalah layak dengan persembahan yang ditampilkan," katanya.
Tambahnya, United memerlukan pemain seperti Bernardo Silva, Kevin De Bruyne, dan Sadio Mane di dalam pasukan.
The Red Devils gagal mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir liga mereka, dengan tekanan terhadap pengurus, Ole Gunnar Solksjaer semakin meningkat selepas berbelanja besar pada jendela perpindahan lalu. — Agensi