Man. United tidak bercadang pecat Solksjaer


  • Podium
  • Rabu, 06 Okt 2021

PIHAK pengurusan atasan United melihat Ole sebagai projek jangka masa panjang kelab. — Agensi

MANCHESTER United tidak berhasrat untuk memecat pengurusnya, Ole Gunnar Solksjaer dan menyokong penuh beliau untuk terus mengendalikan kelab itu walaupun berdepan dengan tekanan daripada penyokong.

Penyokong The Red Devils mahu bekas pemain mereka itu dipecat susulan persembahan hambar kelab itu pada permulaan musim ini.

Solksjaer mengalami beberapa minggu yang sukar setelah seri dengan Everton pada hujung minggu lalu, selain tewas menentang Aston Villa sebelum itu serta bergelut di tempat sendiri menetang Villarreal dalam aksi Liga Juara-Juara walaupun menang pada minit terakhir.

Pengurus legenda, Sir Alex Ferguson juga mempertikaikan keputusan Solksjaer yang tidak menyenaraikan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama ketika menentang Everton.

Pihak pengurusan atasan United bagaimanapun dilaporkan gembira dengan arah yang dibawa oleh Ole untuk kelab itu.

Mereka melihat Ole sebagai projek jangka masa panjang dan sentiasa berada di belakangnya untuk membawa kelab itu menjulang piala. — Agensi

Solksjaer, Manchester United, EPL