Legenda Liverpool mengaku penyokong tegar Greenwood


  • Podium
  • Selasa, 19 Okt 2021

BEKAS pertahanan Liverpool lebih memilih Mason Greenwood untuk berada dalam kesebelasan terbaik pemain Manchester United dan Liverpool.

AHAD ini, Liga Perdana Inggeris bakal tertumpu kepada pertembungan dua seteru utama Manchester United dan Liverpool di Old Trafford.

Hampir seminggu lagi sebelum perhitungan itu berlangsung namun kehangatan sudah mula dirasai ketika bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher tidak layak untuk berada dalam kesebelasan terbaik pemain United dan Liverpool.

Malah Carragher juga yakin pengurus Liverpool, Jurgen Klopp juga pasti tidak menyenaraikan nama Ronaldo dalam senarai itu.

jamie

Pilihan Jamie Carragher

Sejak kembali ke Old Trafford, Ronaldo, 36, sudah pun menjaringkan lima gol dalam tujuh perlawanan di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Bintang Portugal itu gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga aksi terakhir Liga Perdana Inggeris dan Carragher bertegas yang dia akan memilih Mason Greenwood dalam senarai pilihannya.

“Saya penyokong tegar Greenwood dan saya fikir dia adalah pemain bintang,” kata Carragher ketika bercakap di program Monday Night Football.

“Macam mana kamu tidak boleh meletakkan Ronaldo, disebabkan dia seorang legenda? Saya bercakap tentang situasi sekarang, hari ini.

“Tetapi melihat apa yang berlaku musim lalu dan musim ini, Greenwood seorang superstar dan saya harus ada tempat untuknya.

gary

Pilihan Gary Neville

Bekas pemain Man United, Gary Neville masih menyenaraikan Ronaldo dalam pilihannya namun turut menyaksikannya memilih sembilan pemain Liverpool.

“Bukan mudah (keputusan Carragher tidak menyenaraikan Ronaldo) tetapi ia hanya sekadar idea dan saya fikir Ronaldo adalah salah seorang penjaring gol terhebat sepanjang zaman, bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane. — Agensi