NAMA Aurelien Tchouameni mungkin belum dikenali ramai sebelum ini tapi aksi yang ditampilkan ketika membantu Perancis menewaskan Sepanyol pada perlawanan akhir UEFA Nations League baru-baru ini berjaya menarik perhatian pemerhati bola sepak.
Pemain berusia 21 tahun dan bermain di posisi tengah bertahan itu dilaporkan menjadi buruan kelab-kelab di Eropah sejak musim lalu.
Pada musim lalu, Tchouameni membuat 42 penampilan bersama AS Monaco di semua kejohanan dan menjaringkan tiga gol serta tiga bantuan hantaran.
Tchouameni turut merekodkan 83 peratus ketepatan hantaran dan 54 peratus bentesan dalam liga musim lalu.
Musim ini pula, Tchouameni melakukan 15 penampilan buat Monaco dan menjaringkan dua gol.
Menjengah karier bola sepaknya, Tchouameni mula melakukan penampilan profesional bersama kelab Bordeaux sewaktu saingan UEFA Europe League pada 2018.
Tchouameni menjaringkan gol pertamanya di peringkat senior sewaktu Bordeaux membenam kelab Ukraine, Mariupol pada saingan sama.
Pemain berketinggian 1.87 meter itu bermain untuk Bordeaux selama tiga musim sebelum dipikat oleh Monaco pada Januari 2020.
Dalam tempoh tiga musim bersama Bordeaux, Tchouameni melakukan 37 penampilan dan menjaringkan satu gol.
Pada 26 Ogos lalu, Tchouameni menerima panggilan pertama skuad kebangsaan Perancis. Dia melakukan debut antarabangsa ketika kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Bosnia Herzegovina, menggantikan Thomas Lemar pada minit ke-46.
Setakat ini, Tchouameni sudah melakukan lima penampilan bersama Perancis.
Kelibat pemain berkenaan dalam skuad kebangsaan sebenarnya tidak asing bagi para peminat negara tersebut kerana Tchouameni pernah bermain untuk skuad Bawah-17, Bawah-19 dan Bawah-21 Perancis.
Jodohnya bersama Monaco berkemungkinan tidak akan bertahan lama apabila kelab-kelab besar seperti Real Madrid, Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester United dikhabarkan mengintai untuk membelinya pada jendela perpindahan kelak. — Majoriti