PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mempertahankan rancangannya untuk mengadakan kejohanan Piala Dunia secara dwitahunan.
Jelas beliau, pelan tersebut bagi membantu negara-negara yang tidak pernah layak ke Piala Dunia.
"Tugas kami adalah memikirkan cara untuk meningkatkan tahap bola sepak di seluruh dunia dan menjadikan sukan ini nombor satu di peringkat global," katanya.
Infantino berkata demikian sewaktu mengadakan lawatan ke Venezuela, salah sebuah negara yang belum pernah beraksi di Piala Dunia.
Ujar beliau lagi, ketika keputusan untuk menganjurkan Piala Dunia empat tahun sekali sekitar kira-kira 100 tahun lalu, hanya 40 buah negara sahaja terlibat.
"Ini adalah masa untuk meneliti semula isu tersebut," menurutnya.
Tambah Infantino, beliau berharap agar perancangannya ini mampu menarik perhatian 111 negara yang tidak pernah beraksi di Piala Dunia.
“Bagi saya, mereka mampu mencapai impian untuk beraksi di Piala Dunia. Jika anda hanya sekadar bermimpi, anda lebih memilih melakukan perkara lain," katanya. — AFP