Klopp mahu menjelajah dunia


  • Podium
  • Khamis, 07 Okt 2021

KLOPP berharap dapat 'menebus' semula masanya yang banyak dihabiskan untuk bola sepak. — Agensi

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp berhasrat untuk 'mengenal dunia' sekiranya tidak terbabit lagi dalam bola sepak selepas ini.

Klopp cukup berharap dapat 'menebus' semula masanya yang banyak dihabiskan dalam sukan itu sepanjang kariernya sebagai pemain dan jurulatih.

Sejak menggantung but, Klopp, 54, terus dilantik sebagai pengurus Mainz pada 2001 dan meneruskan khidmatnya selama tujuh tahun sebelum menyertai Borussia Dortmund.

Selepas meninggalkan Dortmund, Klopp menganggur untuk tempoh tiga bulan setengah sebelum direkrut mengemudi Liverpool pada Oktober 2015.

Jurulatih dari Jerman itu tidak menunggu lama untuk memacu The Reds menjuarai Liga Juara-Juara pada 2019 dan menjulang juara Liga Perdana Inggeris setahun kemudian.

Ketika kontraknya bakal tamat 2024, Klopp sebelum ini mendakwa tempoh itu menjadi penamat buat dirinya dan berhasrat untuk menjelajah ke segenap destinasi impiannya.

"Melihat dunia," kata Klopp ketika ditanya mengenai perancangannya apabila tidak lagi terbabit dalam bola sepak.

"Saya boleh melihat seluruh dunia jika saya mahu tetapi saya belum ada masa."

Sepanjang 30 tahun, Klopp kini dianggap sebagai salah seorang pengurus terhebat dunia dan dia ini melaksanakan baki masa yang ada di Merseyside.

"Saya masih ada tiga tahun di Liverpool dan ia tempoh masa yang panjang. Saya harap kami mampu capai kejayaan."

Liverpool kini memulakan musim baharu dengan cukup hebat, berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan rekod kekal tanpa kalah dalam tujuh perlawanan.

The Reds juga menang dalam dua perlawanan awal Liga Juara-Juara dan turut mara ke pusingan keempat Piala Liga. — Agensi