Benzema enggan perlekeh Barcelona


  • Podium
  • Sabtu, 16 Okt 2021

BENZEMA yakin Barcelona bakal bangkit semula. — AP
PENYERANG Real Madrid, Karim Benzema enggan mengambil mudah cabaran dibawa oleh Barcelona ketika pertemuan El Clasico antara kedua-dua kelab pada minggu hadapan.

Menurut Benzema, Barcelona tetap sebuah pasukan yang hebat meskipun bergelut mempamerkan aksi terbaik dalam saingan liga Sepanyol ketika ini.

"Mereka tentu memiliki cara untuk bangkit semula.

"Tiada momen baik ketika menentang mereka. Sebuah pasukan seperti Barcelona atau mana-mana pasukan besar berdepan aksi yang buruk dan kemudian bangkit semula.

"Ini adalah perlawanan yang kami tidak boleh ambil mudah walaupun Barcelona tidak bermain baik ketika ini," kata Benzema.

Real Madrid selesa mendahului kedudukan liga ketika ini namun berkongsi mata dengan Atletico Madrid dan Real Sociedad, cuma dipisahkan dengan jaringan gol.

Berbeza kisahnya dengan Barcelona apabila kelab Catalan tersebut berada di tangga kesembilan dengan 12 mata.

Pemergian Lionel Messi ke Paris Saint Germain (PSG) dan Antoine Griezmann ke Atletico Madrid nyata memberi kesan besar terhadap Barcelona musim ini.

Malahan wujud khabar angin pengurus Barcelona, Ronald Koeman bakal dipecat tidak lama lagi. — Agensi

Benzema, Real Madrid, Barcelona, El Clasico