BAGI para peminat Barcelona dan Sepanyol, tentunya mengenali empunya nama Pablo Martin Paez Gavira atau dikenali sebagai Gavi.
Pada usianya menginjak 17 tahun dan 62 hari, kelibat Gavi yang beraksi di posisi pemain tengah ketika aksi separuh akhir UEFA Nations League menentang Itali baru-baru ini meletakkan dirinya sebagai pemain termuda pernah bermain untuk Sepanyol.
Menyoroti kisah hidupnya, Gavi mula bermain bersama skuad akademi Barcelona pada 2015, ketika usianya 11 tahun.
Pada September 2020, Gavi menandatangani kontrak profesional bersama Barcelona dan sejak itu mula bermain untuk skuad bawah 19 tahun kelab tersebut.
Selepas mempamerkan aksi memberangsangkan bersama pasukan remaja Barca, pengurus kelab berkenaan, Ronald Koeman menyenaraikan Gavi dalam skuad pramusim pada tahun ini.
Sejak itu, Gavi tidak lagi menoleh ke belakang dan terus mempamerkan aksi cemerlang di atas padang sehinggakan dia digelar sebagai jelmaan dua legenda Barcelona iaitu Xavi serta Andreas Iniesta.
Pada 29 Ogos lalu, Gavi melakukan debut pertama dalam skuad senior Barcelona ketika menentang Getafe, menggantikan Sergi Roberto pada minit ke-73.
Dalam lima penampilan setakat ini di La Liga, Gavi merekod satu bantuan hantaran.
Bakat Gavi terletak kepada kebijaksanaan, visi, hantaran, kawalan bola yang baik dan kemampuan untuk melakukan serangan balas.
Gaya permainan Gavi turut dipuji oleh pengurus Sepanyol, Luis Enrique.
"Dia akan menjadi masa depan skuad Sepanyol dan saya berpendapat dia akan menjadi pemain penting masa ini juga," ujar Enrique.
Kehadiran Gavi bersama-sama bakat muda lain dalam skuad Barcelona musim ini seperti Riqui Puig, Pedri, Ansu Fati, Ronald Araujo tentunya memberi gambaran bahawa akademi La Masia masih mampu melahirkan generasi pelapis bagi kelab tersebut.
Bagi penulis, pemergian Messi ke Paris Saint Germain (PSG) pada musim ini sebenarnya membuka jalan baharu buat bakat-bakat muda seperti Gavi untuk menonjolkan diri. — Majoriti