Samir Nasri benar-benar menikmati persaraan


  • Podium
  • Khamis, 14 Okt 2021

SUSUK badan Samir Nasri makin berisi hanya selepas sebulan mengumumkan persaraan. — Agensi

BEKAS bintang Arsenal dan Manchester City, Samir Nasri mencuri perhatian ramai ketika muncul di depan peminat buat kali pertama sejak mengumumkan persaraan, bulan lalu.

Ketika muncul mewakili Legends of Marseille menentang pasukan Unicef dalam aksi kebajikan di Stade Velodrome, susuk badan Nasri yang kelihatan berisi nyata menjadi buah mulut.

“Samir Nasri kini sedang bermain dalam perlawanan persahabatan bersama Marseille. Dapat dilihat dia cukup menikmati tempoh persaraannya,” memetik salah satu tweet peminat mengenai fizikal bekas bintang antarabangsa Perancis itu.

“Sejujurnya saya ingatkan gambar Samir Nasri adalah palsu.”

“Apa dah jadi dengan Samir Nasri?,” soal peminat yang jelas terkejut dengan perubahan fizikalnya.

“Jangan katakan itu adalah Samir Nasri.”

Bulan lalu, Nasri mengumumkan persaraan daripada pentas bola sepak profesional pada usia 34 tahun selepas tidak lagi bersama kelab Belgium, Anderlecht. — Agensi