Mario Arques tipu Kelantan?


  • Podium
  • Khamis, 14 Okt 2021

NEWCASTLE Jets mengumumkan Mario Arques sebagai pemain baharu, hanya sehari selepas Kelantan umumkan penamatkan kontrak atas alasan cedera

KELANTAN kena scam dengan bekas pemain?

Persoalan itu timbul selepas menyaksikan bekas importnya, Mario Arques diumumkan sebagai pemain baharu kelab Australia, Newcastle Jets.

Pengumuman Newcastle Jets hadir hanya sehari selepas pengumuman rasmi Kelantan penamatan kontrak Arques yang mengalami kecederaan dan terpaksa pulang ke Sepanyol.

“Pemain tengah dari Sepanyol, Mario Arques menyertai kelab ini,” umum Newcastle Jets menerusi laman sosial Facebook.

Selepas menyaksikan sendiri pengumuman dilakukan kelab Australia itu, ramai penyokong The Red Warriors tertanya-tanya apakah sebenarnya berlaku di sebalik tabir antara pengurusan kelab dan Arques.

Ada juga komen-komen penyokong di media sosial menanyakan kenapa Kelantan mengumumkan Arques cedera sedangkan pemain itu menyertai kelab lain dalam tempoh singkat.

“Mario Arques mengalami kecederaan dan ditamatkan kontrak pada bulan Oktober, kebetulan ayahnya sedang mengalami jangkitan Covid-19 dan perlu pulang ke Sepanyol dengan segera.

“Kami mendoakan semoga beliau segera sembuh dan mengharapkan hubungan baik antara TRW Kelantan FC dan Mario Arques terus berkekalan,” menurut kenyataan pasukan Kelantan. — Majoriti