PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer hanya mensia-siakan kelebihan Cristiano Ronaldo dan tidak menggunakan khidmat pemain itu sebaik mungkin, kata pengendali Portugal, Fernando Santos.
Menurut Santos, Solskjaer melakukan kesilapan besar kerana tidak meletakkan Ronaldo dalam kesebelasan utama pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton pada Sabtu (2 Oktober).
Dalam perlawanan itu, Manchester United terikat seri 1-1 dengan Everton dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.
Katanya, Ronaldo gagal menyerlahkan kekuatannya berikutan dia hanya dimasukkan sebagai pemain simpanan dan hanya bermain selama 33 minit ketika menentang Everton.
"Ronaldo perlu diberikan masa yang lebih daripada itu dan ia sangat penting kerana Ronaldo merupakan pemain yang boleh diharapkan.
"Dia (Ronaldo) merupakan seorang pemain yang perlu perlu sentiasa beraksi dalam perlawanan dan bukan hanya bermain semasa berlatih," katanya.
Ronaldo juga melakar rekod baharu dengan dengan menjadi pemain yang melakukan penampilan terbanyak untuk negara Eropah.
Dia beraksi untuk pasukan tersebut sebanyak 181 mengatasi rekod Sergio Ramos yang memegang rekod bermain sebanyak 180 kali bersama Sepanyol.
Bintang United itu terus mencuri tumpuan apabila cemerlang membantu Portugal menundukkan Qatar 3-0.
Dia meledak satu gol yang sekali gus menambah koleksi golnya sebagai penjaring terbanyak dunia dengan 112 gol. — Agensi
