'Ronaldo memang gila kamera'


  • Podium
  • Sabtu, 09 Okt 2021

SHEAMUS mendakwa, Ronaldo cukup suka kamera terarah kepadanya terutamanya selepas menjaringkan gol. — AP
BINTANG sukan gusti WWE, Sheamus mendakwa pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo sebagai seorang yang gilakan kamera.

Menurutnya, Ronaldo akan melakukan apa sahaja untuk 'menarik perhatian' kamera ke arahnya terutamanya ketika menjaringkan gol.

"Adakah Ronaldo salah seorang pemain bola sepak yang pernah ada. Sama sekali tidak. Tetapi sudah pasti, dia pemain berkelas dunia dan merupakan antara pemain terbaik dalam tempoh satu dekad.

"Tetapi bahkan sekiranya dia menjaringkan gol menerusi penalti, dia akan berfikir tentang kamera. Anda tahu apa yang saya maksudkan? Saya tidak mengecam atau membencinya tetapi dia tahu apa yang dilakukannya," kritik Sheamus.

Tambah Sheamus, dia juga tidak yakin Ronaldo yang akan berjaya dalam semua bidang terutamnya sukan gusti.

Dakwa Sheamus, dia percaya pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu tidak akan berada di dalam gelanggang gusti lebih daripada lima saat.

"Dia terlalu lembik. Para pemain yang jatuh ketika angin bertiup atau ketika sebilah rumput terkan tulang keringnya, mereka tidak akan bertahan selama dua minit.

"Maksudnya, dia punya kemahiran 'berlakon' tetapi itu sahaja. Dia tidak mempunyai kekuatan fizikal," ujarnya yang juga seorang peminat Liverpool.

Ronaldo kembali semula ke Man.United pada musim ini dan berjaya mencipta impak segera apabila menjaringkan lima gol dalam enam penampilan. — Agensi

Cristiano Ronaldo, Sheamus, gusti, WWE, Man United