PRESTASI kurang memberangsangkan Manchester United pada awal musim ini dikatakan berpunca akibat kehadiran Cristiano Ronaldo, dakwa Danny Blind.
Bekas bintang United itu berkata sikap Ronaldo yang hanya memikirkan tentang jaringan gol menyebabkan skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer itu gagal mempamerkan prestasi sebenar.
Malah kata pemain pertahanan itu, keadaan itu menyebabkan United tidak dapat beraksi dengan gaya sebenar mereka.
“Ronaldo tidak memainkan peranan aktif. Aksinya seperti ‘ambil masa kamu’. Anda juga nampak pemain lain seperti memandang dengan persoalan ‘bagaimana kami hendak selesaikan masalah ini?’.
“Biasanya, penyerang akan berlari dari seorang pertahanan ke pertahanan lain.
“Anda boleh nampak Paul Pogba mengarahkan pemain apa perlu dilakukan agar terus memberi tekanan tapi Ronaldo tidak buat perkara itu, sebab dia bukan begitu.
“Dia hanya fikir tentang gol dan berharap pemain lain akan mendapatkan bola, dia hanya menunggu,” kata Blind.
Ronaldo setakat ini melakar lima gol daripada tujuh perlawanan sejak pulang ke pangkuan United.
Namun dia gagal membantu Red Devil untuk menewaskan Everton pada Sabtu lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1.
United kini berada di tangga keempat liga dengan mengumpul 14 mata selepas menang empat kali, seri dua kali dan kalah sekali. — Agensi