"KALAH atau menang dalam perlumbaan tidak akan mengubah hidup saya," itu kata pelumba Formula Satu (F1) Red Bull-Honda, Max Verstappen.
Menurutnya dia tidak kisah jika tidak dapat menamatkan perlumbaan di tempat pertama kerana baginya apa yang penting adalah melakukan yang terbaik di setiap perlumbaan.
"Saya dan pasukan sentiasa memberikan yang terbaik saat di litar dan menempa kejuaraan dalam setiap perlumbaan pastinya akan menjadi satu pencapaian yang mengagumkan musim ini.
"Meskipun sekadar mendapat tempat kedua sekali pun, musim ini masih menjadi yang terbaik buat saya," katanya.
Tambahnya lagi, dalam perlumbaan tidak banyak perkara yang perlu dibimbangkan selagi seorang pelumba menyukai apa yang dia lakukan dan menikmati setiap saat semasa berada di litar.
Jelasnya pelumba berusia 24 tahun itu lagi, dia dan pasukannya sangat santai tetapi pada masa sama tetap fokus dalam setiap perlumbaan.
"Kami akan memberikan yang terbaik untuk perlumbaan Grand Prix Turki pada Ahad," ujarnya.
Verstappen menduduki tempat kedua di belakang Lewis Hamilton dalam Grand Prix Rusia pada 26 September walaupun memulakan perlumbaan dari tempat ke-20 di grid.
Dia kini berada di tempat kedua di belakanga kedudukan pendahulu dengan 244.5 mata sementara Hamilton masih unggul di atas carta dengan 246.5 mata. — Agensi