Pogba berteka-teki masa depan di Old Trafford


  • Podium
  • Jumaat, 08 Okt 2021

POGBA mencatatkan tujuh bantuan gol dalam enam perlawanan liga musim ini. — Agensi
BINTANG Manchester United, Paul Pogba menegaskan dia mahu menamatkan musim ini dengan cemerlang bersama kelab tetapi masih berdiam diri mengenai masa depannya di Old Trafford.

Kontrak pemain tengah Perancis itu akan tamat pada Julai 2022 dan dia akan diberi kebebasan untuk berunding dengan kelab lain mulai 1 Januari ini jika kesepakatan baru tidak dapat dicapai sebelum tarikh berkenaan.

Selepas permulaan yang baik pada musim ini, dia mana dia mencatatkan tujugh bantuan gol dalam enam perlawanan liga, media Perancis melaporkan Pogba sedia melanjutkan kontraknya bersama The Red Devils berikutan kehadiran Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho meningkatkan keyakinannya terhadap cita-cita kelab.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada dia akan kembali menyarung jersi Juventus selepas perlawanan separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah menetang Belgium di San Siro awal pagi Jumaat, Pogba dilihat masih berteka-teki tentang masa depannya.

"Saya sering bercakap dengan bekas rakan sepasukan saya seperti Paulo Dybala. Saya di Manchester United, saya masih mempunyai kontrak selama setahun dan kita akan lihat kelak.

Saya mahu menghabiskan musim ini dengan baik, kemudian kita akan lihat apa yang akan berlaku," katanya kepada stesen televisyen Itali, Mediaset. — Agensi