Nama Medvedev makin menjadi sebutan


  • Podium
  • Jumaat, 08 Okt 2021

MEDVEDEV bermotivasi untuk memberikan yang terbaik pada Kejohanan Tenis Terbuka Indian Wells. – Agensi

PEMAIN tenis Rusia, Daniil Medvedev kini menikmati saat gemilangnya selepas berjaya menumpaskan pemain nombor satu, Novak Djokovic di Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) bulan lalu.

Kemenangan itu juga menjadikan Medvedev sebaris pemain terbaik dunia yang juga memegang jolokan juara Grand Slam.

Pemain berusia 25 tahun itu kini umpama selebriti yang kerap menghiasi slot berita sukan di seluruh dunia terutama di negara kelahirannya.

Katanya, dia tidak sangka akan mendapat liputan dan layanan baik daripada ramai pihak selepas kemenangan itu.

"Saya tidak tahu kenapa ramai orang yang ingin membayar makanan saya semasa di restoran.

" Saya selalunya akan menolak tawaran itu, namun ada masanya bil saya telah dibayar oleh orang yang tidak dikenali. Ia lucu tetapi kadangkala pelik," katanya.

Tambahnya lagi, meskipun dia telah mencapai sasaran di New York, Medvedev masih bermotivasi untuk memberikan yang terbaik pada Kejohanan Tenis Terbuka Indian Wells.

"Kemenangan iru memberi motivasi kepada saya untuk lakukan yang terbaik di Los Angeles, AS.

"Saya sudah lebih daripada bersedia, malah seminggu di Indian Wells, saya cuba pertingkatkan lagi kemahiran pada setiap perlawanan," katanya. – Agensi