PERMAINAN Fifa sudah menjadi satu jenama global dan diminati ramai orang di seluruh dunia khususnya buat peminat bola sepak.
Dengan edisi terbaharu yang diperkenalkan, pembaharuan permainan seiring dan realistik dengan keupayaan konsol terkini bagi membolehkan pemainnya merasai pengalaman mengujakan.
Edisi Fifa 22 sudah pun dilancarkan 1 Oktober lalu tetapi apakan keseronokan yang ditawarkan kepada peminatnya?
Berikut antara tambah baik yang sudah dilakukan:
Teknologi Hypermotion
Antara kelebihan yang dibuat adalah khusus untuk konsol terkini seperti PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.
Kelebihan Hypermotion adalah pergerakan yang lebih realistik dan ciri ini diperhebatkan khususnya daripada segi pergerakan pemain.
Dari segi permainan pula, ia menawarkan hantaran bola dan kawalan pemain hampir sama seperti di padang sebenar.
Volta ditambahbaik
Volta Football memberikan pemain meneroka permainan street football.
Juga terdapat mini games dalam Arcade dan sudah pasti dengan pengenalan ini menambahkan lagi keseronokan si pemainnya.
Career mode dan Ultimate Team
Menerusi career mode, pemain boleh merasai pengalaman padang bola dengan lebih realistik manakala Player Career kembali dengan gaya permainan hampir sama dengan The Journey seperti edisi sebelumnya.
Menerusi Ultimate Team, pemain akan lebih mudah untuk climb jika memenangi lebih dua perlawanan berturut-turut. — Agensi